Terengganu 3M



(Dato’ Biji Sura)






















Nik Mohamad Bin Nik Hitam adalah cicit kepada Tuk Syeikh Duyong (sebelah ibu). Ayahnya seorang juragan. Beliau mendapat pendidikan keagamaan daripada Wan Ismail Bin Salleh, seorang guru agama terkenal di Kampung Duyong. Nik Mohamad atau Dato’ Bija Sura mula menempah alam perkerjaan dengan memegang jawatan kerani di mahkamah.


1911 - Menjadi Naib Hakim dan Ahli Mesyuarat yang bertanggungjawab menggubal Undang-Undang Tubuh Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu pada 11 Zulkaedah 1329 bersamaan 2 November 1911.

1913 - Berjawatan Hakim Mahkamah Syariah

1915 - Dilantik menjadi Hakim Balai dan ‘Joint-Court’ yang hanya terlibat Membicarakan rakyat Inggeris di Terengganu.

21.1.1924 - Dianugerahi gelaran Dato’ Bija Sura.

11.6.1928 - Memegang jawatan Hakim Mahkamah Besar.

23.11.1937 - Pemangku Mufti Kerajaan Terengganu.

16.9.1940 - Pesuruhjayajaya Hal Ehwal Agama Terengganu hingga 30.6.1942


Dato’ Bija Sura seorang yang amat mencintai bidang seni. Ini tidak dapat dinafikan jika dilihat kepada senibina rumahnya yang dipenuhi dengan ukiran-ukiran yang bermutu tinggi terutamanya yang terdapat pada rumah-rumah yang didirikan dalam kawasan di Kota Lama Duyong.

Beliau dikatakan mempunyai 4 orang isteri iaitu Che Wook, Che Nik Khadijah, Che Yah dan Che Wook Fatimah. Ia juga pernah mengusahakan tanaman Duku di Kampung Beladau, Kuala Terengganu. Dato’ Bija Sura meninggal dunia pada tahun 1943 setelah mengidapi demam panas.






SUMBER DARIPADA CATATAN PIHAK LEMBAGA MUZIUM NEGERI TERENGGANU

0 Responses

Catat Ulasan